Wednesday, 16 January 2019

Throwback Tahun 2018

Kenangan Terindah sepanjang Tahun 2018

Semoga kenangan itu tersemat dalam ingatanku selamanya.. 

31 Disember 2018 berakhirlah mama jaga anak asuhan Khalisah NurZafira .. 
Rindunya .. 
Semoga membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia & akhirat..
















Masih belum terlambat kalau aku nak ucap SELAMAT TAHUN BARU 2019

Semoga tahun ini memberi sinar baru dan moga diriku terus diberi ketabahan serta kekuatan untuk hadapi dugaan yang mendatang. aamiin





Thursday, 20 August 2015

Ayat untuk hilangkan sakit kepala

    Surah Al-Waqiah ayat 19


La yusod da ngu na nganhaa walaa yun zifunn



   Surah Ash Shu'ara Ayat 80 diamalkan sebagai Ayat Penyembuh segala penyakit. 
   Dibaca setiap hari selepas solat.


"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku"


Ayat untuk halau 'kelibat-kelibat'

Surah AS-SAFFAT 
 Ayat - 7 ( Menjauhi sihir/ jin/ syaitan )


wa hifzam min kulli syaitanim marid

Thursday, 6 August 2015

Rasa macam nak menangis..

Ya Allah, Engkau berilah hambamu ini kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk hambamu ini menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang.. teguhkan iman dan semangatku agar hambamu ini tidak berputus asa.. Amin.

Wednesday, 20 May 2015

Cara Mudah Hilangkan Stress Dengan 8 Makanan Yang Boleh Melangsingkan Tubuh

Cara hilangkan stress woman online magazine1 1024x512 Cara Mudah Hilangkan Stress Dengan 8 Makanan Yang Boleh Melangsingkan Tubuh


Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk hilangkan stress yang melanda diri. Ada yang meluangkan waktu untuk bercuti ke tempat-tempat menarik, bahkan ke luar negara. Selain itu, ada juga yang memilih untuk bershopping. Bagi yang berkemampuan, semua itu tak ada masalah!

Tetapi bagi anda yang agak ‘budget’, pastinya ingin tahu bagaimana cara hilangkan stress dengan cara mudah, menyenangkan dan lebih jimat. Sungguhpun cara hilangkan stress yang diberikan ini bukan bermakna segala stress dan masalah anda akan hilang seratus peratus. Cuma, ini adalah salah satu cara hilangkan stress dengan lebih mudah dan menyihatkan iaitu dengan pengambilan beberapa jenis makanan sihat. Makanan tersebut hanyalah berfungsi untuk mencegah ataupun mengurangkan stress anda.
Berikut makanan yang boleh meredakan stress sekaligus melangsingkan tubuh anda.
  1. Susu
Cara hilangkan strss dengan susu rendah lemak tentunya tidak akan membuatkan anda gemuk! Sebaliknya ia boleh mengurangkan rasa penat di hati dan stress berpanjangan. Cubalah minum susu rendah lemak panas suam sambil duduk dan menikmati keindahan suasana di pagi hari. Ia pasti mengurangkan rasa stress dan membuatkan hati anda menjadi lebih baik. Bahkan otak pun boleh relaks buat sementara waktu.
  1. Teh Hijau
Cubalah hilangkan stress anda dengan meminum teh hijau. Ia memiliki aroma yang mampu membuatkan anda berasa lebih tenang. Lagipun teh hijau mengandungi asid amino thenine yang boleh menenangkan otak daripada pelbagai perkara yang akan menyebabkan stress. Sebaiknya minum teh hijau di malam hari setelah anda kepenatan, Minum sementara air tersebut masih panas dan biarkan tubuh anda relaks.
  1. Yogurt
Cara hilangkan stress dengan yogurt ini tidak jauh bezanya dengan susu. Yogurt akan terasa lebih sedap jika dimakan dalam keadaan sejuk. Yogurt boleh mengembalikan kesegaran tubuh dan melancarkan penghadaman. Jika sedang stress, cubalah makan yogurt, selain boleh melangsingkan tubuh anda juga boleh menenangkan fikiran yang berkeceramuk.
  1. Rosemary & Lavender
Boleh dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam masakan. Minyak yang diaromakan daripada rosemary ini sangat berguna untuk meransangkan perjalanan darah serta baik untuk meningkatkan memori.
Begitu juga dengan khasiat lavender yang boleh menghilangkan stress. Aroma lavender ini mampu merangsang sistem ketahanan tubuh dan menegangkan kulit. Anda boleh menggunakannya sebgai salah satu minyak esensial untuk mengurut tubuh, atau mengambilnya dengan teh dengan aroma lavender. Di samping itu, adan boleh juga mendapatkan keharuman lavender ini daripada minyak wangi, losyen, penyegar ruangan dan sebagainya. Mencium haruman lavender juga boleh membantu anda meredakan stress.
  1. Soya
Soya mengandungi vitamin B, kalsium, magnesium dan lain -lain. Manfaatnyapun tidak juah berbeza dengan susu ataupun yogurt. Soya bagus dijadikan sebagai pengganti susu kerana rendah lemak.Jadi sebab itulah anda tidak perlu bimbang gemuk dengan pengambilan soya kerana stress pun akan hilang dan tubuh anda pun akan tetap langsing.
  1. Brokoli
Brokoli sangat bagus diambil oleh anda yang sedang berdiet. Brokoli merupakan sayuran sihat yang mampu mencegah pelbagai jenis penyakit serta membuatkan tubuh menjadi lebih sihat. Brokoli mengandungi asid folic yang mampu menghilangkan segala bentuk kegelisahan, stress dan juga sindrom panik.
  1. Bluberry
Buah ini memiliki rasa yang masam manis, rendah kalori dan kaya dengan serat dan vitamin C. Pengambilan buah blueberry ini akan membuatkan perasaan anda menjadi lebih relaks dan tenang.Secara perlahan-lahan stress anda pun akan hilang.
  1. Gandum
Gandum boleh menstimulasi penghasilan sterotenin yang mampu menghilangkan stress dan menenangkan otak. Gandum juga kaya akan vitamin dan zat yang sangat bagus untuk tubuh. Pengambilan gandum elok untuk anda yang sedang melakukan diet atau menurunkan berat badan, sehingga ketika anda stress, anda tidak perlu takut untuk menjadi gemuk!

Tuesday, 19 May 2015

Tips Bergaya Buat Anda Yang Bertubuh Gemuk

badan gemuk woman online magazine Tips Bergaya Buat Anda Yang Bertubuh Gemuk



ebanyakan wanita yang mempunyai kelebihan berat atau berbadan gemuk sering bingung ketika memilih pakaian yang sesuai buat dirinya. Berbadan gemuk membuatkan mereka kurang yakin dengan diri sendiri, sedangkan mereka sebenarnya boleh nampak cantik dan menarik.

Jika anda berbadan gemuk, anda kenalah bijak memadupadankan pakaian agar mampu menyamarkan kelebihan berat badan anda. Anda perlu yakin dengan ukuran ‘big size’ , anda tetap mampu untuk tampil menarik dengan gaya penampilan yang trendi dan kreatif.Berikut beberapa tips yang boleh dipraktik buat anda yang berbadan gemuk bagi meningkatkan keyakinan diri dalam berpenampilan. Tapi ingat ya, tidak ada yang akan membuat seseorang itu nampak menarik kecuali keyakinan diri itu yang keluar dari dalam diri. Apapun bentuk tubuh yang anda miliki, yakinlah kelebihannya!
  1. Pilih Pakaian Sederhana Longgar
Pilihlah baju yang sesuai dengan bentuk tubuh anda, tidak terlalu ketat dan juga terlalu besar. Pakaian ketat, selain tidak sesuai dengan tuntutan agama Islam, ia juga akan lebih menonjolkan kelebihan berat badan anda. Memilih baju yang longgar boleh menyembunyikan badan gemuk anda itu. Namun, anda juga tidak sesuai jika memilih pakaian yang terlalu longgar kerana ia akan memperlihatkan saiz badan anda yang semakin besar. Jadi, pilih pakaian yang ‘sedang-sedang’ dan agak longgar agar busana Muslim yang dikenakan benar-benar menutupi aurat anda.
  1. Warna
Ramai yang mengatakan warna hitam adalah ‘sahabat karib’ buat mereka yang berbadan gemuk. Tidak dinafikan,warna hitam atau warna gelap boleh menyamarkan kelebihan berat badan. Namun, kalau semuanya hitam atau ‘asyik-asyik’ hitam, lama-kelamaan anda pasti bosan. Jadi, cubalah alternatif lain seperti warna kelabu gelap,biru tua atau coklat tua. Warna gelap untuk menyembunyikan, manakala warna terang akan membuatkan anda nampak lebih menonjol. Menggunakan akaian berwarna senada akan meninggalkan kesan yang lebih baik sehingga bentuk tubuh anda akan kelihatan ‘mengancam’.
  1. Motif
Anda yang berbadan gemuk disarankan, jika ingin memakai pakaian yang bermotif, pilihlah motif garis vertikal sehingga akan memberikan efek memanjang pada tubuh anda. Pilihlah garis-garis yang halus dengan jarak garis agak rapat. Selain itu, supaya anda tidak kelihatan lebih lebar, hindari motif garis yang horizontal pada pakaian anda.Untuk anda yang menyukai motif bunga, pilihlah bunga yang ukuran kecil sehingga menyeimbangkan dengan postur tubuh. Agar badan anda tidak kelihatan begitu gemuk, sebaiknya pilih baju yang memiliki corak-corak yang kecil. Jika anda memakai baju bercorak besar, ia hanya akan memberikan kesan lebih gemuk pada tubuh anda.
  1. Skirt & Seluar
Anda yang berbadan gemuk, jika ingin memakai skirt, pilihlah yang berpotongan lurus. Potongan yang melebar ke bawah akan membuat tubuh semakin kelihatan besar. Begitu juga apabila anda ingin memakai seluar. Sebaiknya pilih seluar berpotongan lurus dan hindari seluar yang menyempit di bahagian kaki dan berpotongan ‘pencil’ kerana ia akan memberikan kesan lebih besar pada kaki anda.
  1. Pakai Dress Dengan Cardigan
Pakailah pakaian yang sesuai dengan umur dan keperibadian diri anda supaya tidak nampak pelik atau serba tak kena. Memilih pakaian yang sesuai dengan usia dan keperibadian diri akan membuatkan anda nampak menarik walaupun dengan badan gemuk. Untuk nampak lebih trendy, anda yang berbadan gemuk juga boleh memakai dress yang digandingkan dengan kardigan atau blazer yang agak panjang agar dapat menutupi punggung anda yang besar dan lebar itu.
  1. Aksesori
Bergayalah dengan aksesori seperti ikat pinggang, kerongsang, rantai ataupun pin tudung. Selain akan membuatkan anda nampak manis, ia juga akan mengalihkan perhatian orang daripada memandang tubuh anda yang gemuk itu.
  1. Beg Tangan
Ternyata beg tangan juga mampu memberi kesan secara keseluruhan penampilan anda. Pilihlah beg tangan yang sesuai dengan bentuk tubuh anda. Jangan memilih yang terlalu besar, ataupun pun kecil kerana beg tangan cenderung diukur dengan saiz tubuh. Pilih ukuran yang dapat menyeimbangkan postur tubuh anda. #copy&paste

7 Cara Paling Berkesan Menghalau Tikus Di Rumah!

cara menghalau tikus di rumah women online magazine 7 Cara Paling Berkesan Menghalau Tikus Di Rumah!


Adakah anda fobia akan kehadiran makhluk yang bernama tikus? Jangan risau admin akan kongsikan cara halau tikus.

Tikus merupakan sejenis binantang yang bukan sahaja kotor dan cukup menggelikan, tetapi juga mengundang pelbagai penyakit yang boleh membawa kepada kematian.
Kehadirannya di dalam sesebuah kedai aman biar pun hanya seekor sudah cukup membuatkan seseorang itu berasa tidak senang duduk!
Tidak seperti binatang lain seperti nyamuk, membasmi atau menghalau tikus sangatlah sukar. Ini adalah kerana umur tikus yang relatifnya lebih panjang serta kemampuannya membiak memang cukup tinggi. Sekali melahirkan, minimumnya enam ekor dalam masa kehamilan yang singkat.
Jadi, tidak harianlah jika anda melihat tikus yang menjadi penghuni tidak diundang di kediaman anda semakin hari semakin banyak, seakan tidak habis-habis.
Disebabkan itulah juga kita memerlukan cara efektif agar tikus berasa tidak tenang berada di rumah kita. Ada beberapa cara yang kerap di lakukan untuk menghalau dan membasmi tikus seperti menggunakan racun tikus, perangkap tikus dan penghalau tikus elektrik.
Tetapi kita juga boleh menggunakan cara semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus ini. Berikut beberapa cara yang boleh anda cuba: 
1. Daun Pandan
Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus.
2. Kucing
Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus.Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!
3. Buah Mengkudu
Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potonglah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.
4. Minyak Mint
Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.
5. Kapur Barus (DryobalanopsAromatica)
Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!
6. Cat BadanTikus
Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malahan turut membuatkawan-kawan tikusnya yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.
Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap itu, anda makanlah. Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda.
Keberkesanan cara-cara membasmi dan mengusir tikus-tikus tersebut bergantung pada banyak faktor, contohnya keadaan ruang dan kawasan persekitran kediaman anda itu sendiri.
Jadi, anda harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mengundang penyakit yang disebabkan oleh tikus, seperti penyakit kencing tikus!
Penyakit kencing tikus ini adalah antara penyakit berbahaya kerana kebanyakan yang menghidapinya berisiko untuk maut. Jagalah setiap pemakanan, persekitaran dan akitiviti anda dan keluarga setiap hari.Pastikan juga kediaman ada terjamin bersih dan bebas dari pada binatang bernama ‘tikus’ ini! #copy&paste